Sunday, January 22, 2012

Musuh! Aku jatuh Hati!


       Dikala malam yang dingin lagi sunyi sepi, Quratul Ain Atira binti Haji Salleh atau lebih dikenali sebagai Ain menjenguk keluar tingkap dan meninjau-ninjau sekitar depan rumahnya dan masuk kembali ke dalam bilik lalu ‘online’ dalam ‘twitter’. Dia sepatutnya sedang belajar di rumah Anis tetapi malam itu, ibunya melarang dia untuk meninggalkan rumah kerana Abahnya terpaksa pergi keluar Bandar atas urusan kerja. Abahnya adalah seorang ketua kampung dan imam di kampung mereka iaitu kampung Pinggir Bulan yang bersebelahan dengan kampung Cahaya Bintang. Dengan patuhnya, Ain terpaksa membatalkan hasratnya untuk belajar dan bermalam dirumah Anis.

                Lain pula yang terjadi kepada Shahrin Najmizzul yang taksub terhadap alat berkomunikasi iaitu laman social ‘twitter’ untuk dia berhubung dan berkomunikasi dengan seseorang iaitu Atira.
Atira : @SNMyie Masih tak bosan-bosan dengan benda alah ni ke?
SNMyie : @Atira Tak bosan sebab awak ada.
J
Atira : @SNMyie Mengada-ngada lah awak ni. :p
SNMyie : @Atira Ape pulak, kan selalu kita dua berhubung tapi sampai sekarang saya tak pernah tahu bagaimana wajah sebenar awak dan bila saya minta number telefon, awak kata awak taka da telefon.
Atira : @SNMyie Saya tak suka tayang wajah dalam laman social, nanti kena curi ! lagi satu, saya memang  taka da telefon sebab ibu dan abah tak suruh guna.
SNMyie : @Atira tak pe lha, sekadar nak tengok je.kalau macam tu, kita berhubung melalui ‘twitter’ ni je lah kan.
Atira : @SNMyie tak boleh. Myie, saya nak ‘off’ ni, ibu suruh masuk tidur. Salam.
SNMyie : @Atira baiklah. Waalaikumsalam Tira.

                Shahrin Najmizzul menutup Notebooknya lalu mematikan Lampu bilik tidurnya. Dia bermimpi yang dia berjumpa seseorang yang di anggap musuh ketat sejak kecil hingga dia berumur 16 tahun iaitu Ain ! Setiap kali mereka berjumpa, pasti mereka akan bertekak hingga mencetuskan perbalahan yang tak berpenghujung. Dari tadika hingga sekolah menengah, mereka sering dipertemukan dalam satu bilik darjah. Bahkan mereka juga satu kampung dan mereka sering bertemu dipadang, dikedai runcit, dimasjid dan mereka juga berjiran !

                Namun begitu, semenjak Shahrin Najmizzul atau nama timangannya Izzul menjejakan kaki ke tingkatan 4, dia sering melihat gelagat Ain disekolah dan disbelah rumah, ketika Ain menyapu daun-daun kering dilaman rumahnya dan ketika Ain berlajar disekolah. Mama Izzulsering memuji anak tunggal ketua kampung itu kerana budi bahasanya yang lemah lembut kepada orang tua.

“Izzul dengan Ain tu berkawan rapat ke?” Tanya Mama nya pada Izzul ketika dia di darjah 4,
“Tak ! Izzul tak suka kat Ain, dia berlagak sebab dia rasa dia comel dan cantik” kata Izzul sambil menghentak-hentak tangannya ke atas meja.
“Tapi Mama tengok Ain tu memang comel lha Izzul”
“Mana ada Mama, dia tu tak comel dan tak cantik! Mama tengok lah nanti, pasti semua orang tak suka dan tak nak rapat kat dia”
“Izzul, tak baik cakap macam tu, Mama pasti sangat, ramai orang yang nak kawan dengan dia, termasuk anak mama yang seorang ni. Entah-entah Izzul antara orang yang suka kat Ain nanti”

                Izzul teringat kata-kata ibunya enam tahun yang dulu. Di menafikan perasaannya terhadap Ain kerana memang benar kata-kata ibunya, Ain seorang yang cantik dan dia mempunyai keistimewaan tersendiri sehingga dia sendiri cemburu melihat Ain mula rapat dengan rakan barunya yang baru berpindah kesekolah mereka iaitu Fairuz Azzam yang merupakan orang kampung sebelah dan berpindah sekolah mereka atas sebab kehendak Fairuz Azzam sendiri.
                Suatu hari di dalam kelas, Izzul menyiapkan kerjanya yang tertunggak iaitu menampal kertas kerja kumpulannya bersama Aiysah dan Xio Ngu. Tiba-tiba dia terdengar suara dua orang pelajar lelaki dan pelajar perempuan berbual yang sedang menaiki tangga, dia sangat mengenali suara budak perempuan tersebut. Apabila mereka berdua masuk, suara mereka tiba-tiba hilang dan Izzul mengangkat muka melihat mereka berdua.

“Awal sampai hari ni “ tegur Ain
“A’aa lha Izzul, selalunya kau antara pelajar yang lambat masuk kelas”

                Izzul hanya menjeling dan memalingkan wajahnya kebelakang kerana sakit hati akibat sindiran Azzam.

“Dia memang macam tu Azzam, sombong.”

                Azzam tergelak setelah mendengar Ain memberitahu bahawa Izzul seorang yang sombong. Izzul Cuma menunggu mangsa-mangsanya menerima sasaran.

“Aaaaa! Apa benda melekit putih ni?!” pekik Ain tiba-tiba
“Ni bukan liquid paper ke?” Azzam cuba memastikan dengan menghidu baunya.
“Ain tahu sapa punya kerja ni”
“Siapa?”
                Pertanyaan Azzam dijawab dengan tamparan kuat dibelakang badan Izzul dan mengakibatkan baju Izzul turut kotor kerana Ain secara tidak sengaja menyentuh bawah mejanya dengan tangan.

“Apa pukul-pukul orang ni?” jerit Izzul sambil mengetuk kepala Ain
“Kau punya kerja ni kan?”
“Apa hal dengan kau ni? Kenapa main tuduh-tuduh ni?!”
“Alah, kau jangan nak tipu aku lah Izzul, kau datang awal pasti kau ada muslihat yang tersendiri”
“main tuduh je kau tahu!”

                Azzam meleraikan pertelingkahan antara mereka kerana pelajar lain mula tertarik terhadap pergaduhan mereka berdua. Ain geram sambil menghentak-hentak kakinya ketika berjalan. Azzam menegur tingkah lakunya dan Ain akur terhadap semua yang dikatakan oleh Azzam. Sejak kebelakangan ini, Azzam banyak mempengaruhi Ain hingga Izzul cemburu dan cuba untuk merampas Ain balik.  Walau bagaimanapun, Izzul sedar bahawa dia dan Ain hanya lah musuh dan tidak lebih dari seorang kawan.  Izzul pulang ke rumah dengan malas dan Mama nya menyedari tingkahlaku Izzul yang pelik itu.

“Izzul kenapa?” Tanya Mamanya setelah melihat Izzul merebahkan badan keatas sofa yang empuk diruang tamu mereka.
“Tak de apa-apa Mama”
“Tak kan tak de apa-apa yang berlaku sampai Izzul macam putus cinta je ni”
“Izzul okey je lah Mama, Izzul mandi dulu. Lepas ni kami nak main bola kat padang”
                Mamanya hanya mengeleng-geleng kepala melihat perangai anak lelaki tunggalnya. Hanya Izzul tempat dia mencurahkan kasih sayangnya setelah suami dan dua orang kakak Izzul pergi meninggalkan mereka berdua lima tahun yang lalu akibat kemalangan. Kini tinggal mereka berdua menetap di satu-satunya rumah tinggalan suaminya. Dia juga hanya membuat tempahan menjahit dirumahnya untuk mencari pendapatan dan untuk dia dan anak kesayangannya.

“Izzul, Mama harap Izzul tak marah kalau mama cakap benda ni”
“Apa mama?”
“Mama dan Abah dan Ibu Ain dah rancang untuk satukan Izzul dan Ain dah besar nanti”
“Apa?!”
“Izzul kena terima, Izzul dan Ain dah lama berkawan. Abah dan Ibu Ain kesian tengok Izzul membesar tanpa seorang bapa jadi mereka dah bincang dengan mama nak buat Izzul jadi anak mereka.”
“Tapi Izzul muda lagi.”
“Tahun ni kan Izzul SPM. Dah 17 dah anak mama”
“Belum! Lagi 16”

Begitu juga lah alasan dan jawapan yang diberi Ain apabila Ibu dan Abah nya memberitahu pekara tersebut.

“Ain, ibu dan abah nak merapatkan lagi hubungan saudara dengan Mama Izzul sebab itu kami berbincang untuk menyatukan kamu berdua”
“Kenapa perlu Ain? Ain terpaksa berkahwin dengan budak bonggok lagi tu”
“Ain, tak baik cakap macam tu. Dia anak yatim.” Pesan abahnya
“Baiklah” ain menyahut dengan lemah longlai dan terus masuk ke dalam biliknya. Dia ingin meluahkan semuanya kepada rakan mayanya, iaitu Myie. Sebenarnya Ain gemar meluangkan masa bersama Myie kerana Myie mempunyai perwartakan yang menarik. Kadangkala dia merasakan Myie adalah salah seorang dari rakan sekelasnya namun dia menafikan kerana Myie hanya seorang rakan mayanya.

Atira : Malang sungguh malang saya
SNMyie : @Atira kenapa pulak ?
Atira : @SNMyie bayangkan dalam usia muda awak telah disuruh oleh mak ayah untuk berkahwin.
SNMyie : @Atira awak nak kawin ke?
Atira : @SNMyie bukan sekarang, mungkin dalam 10 atau 5 tahun lagi.
SNMyie : @Atira ow, sama dengan mak saya
Atira : @SNMyie jadi kita senasib lah. Tapi awak mungkin beruntung sebab saya akan berkawin dengan seorang yang bongok.
SNMyie : @Atira tak, saya pun kena kawin dengan seorang budak permpuan yang rasa diri dia hebat.
Atira : @SNMyie kita memang senasib kan
SNMyie :@Atira ya. Saya harap saya akan kawin lari dengan awak
Atira : @SNMyie haha, jom kita kawin lari.
SNMyie : @Atira saya sebenarnya kan dah jatuh hati kat musuh saya
Atira : @SNMyie oh ye ke? Kenapa dengan musuh ?
SNMyie : @Atira sebab saya sendiri pun tak tahu.
Atira : @SNMyie kalau macam tu, saya melepas lah
SNMyie : @Atira haha, tak, awak masih ada peluang. Sebab saya baru je nak Tanya. Awak nak tak couple ngan saya ?
Atira : @SNMyie haha. Saya tertunggu-tunggu soalan itu.


                Izzul tersenyum lebar kerana dia berjaya berpacaran dengan seseorang yang dah lama dia nak dekati. Alangkah terkejutnya jika mereka tahu siapa sebenarnya disebalik Atira dan Myie. Dan keesokkannya, tepat sekali! Mereka menjerit setelah rahsia antara mereka terbongkar kerana tanpa mereka sedari, Rhaca si budak mulut murai mengetahui mengenai pekara tersebut dan rahsia mereka berdua akan dikahwini bila dewasa kelak turut terbongkar. Alangkah malu dan geramnya mereka berdua. Namun pada waktu  yang sama Ain kesal kerana membenci Izzul kerana Izzul adalah seorang budak lelaki yang telah lama mendengar luahan rasa dia dari dulu dan hanya Izzul yang dapat buat dia marah dan senyum dulu. Izzul turut begitu dan petang itu, Azzam meminta Ain berjumpa dia di pondok tepi sungai.

“Ain, dah lama saya nak bagitahu kat Ain pekara ni”
“pekara apa zam?”
“Saya suka kat awak”
“Azzam? Jangan main-main.”
“Betul Ain. Saya suka kat awak.”
“Maaf Azzam, saya langsung tak suka awak sebab saya Cuma anggap awak seorang abang kerana saya tak ada seorang abang langsung pun”
“Quratul Ain Atira binti Haji Salleh, Fairuz Azzam bin Abdul Muiz sanga-sangat suka kat awak”
“Fairuz Azzam bin Abdul Muiz, Shahrin Najmizzul bin Faruq yang dulu sangat-sangat dan sangat suka kat Quratul Ain Atira binti Haji Salleh sebab  ..”  sampuk Izzul tiba-tiba dari arah belakang mereka berdua.
“Sebab? “ Tanya Azzam dan Ain turut berkerut dahi mendengar penjelasan Izzul.
“Sebab , Ain adalah musuh! Dan Aku jatuh hati kat musuh aku !” kata Izzul sambil memandang tepat ke arah mata Ain.

                Siapa sangka musuh boleh bertukar jadi sahabat? Sebab itu lumrah alam kerana perasaan cinta dan saying timbul dari perasaan benci.

TAMAT

Awak adalah Sahabat yang paling saya sayang

Wednesday, December 21, 2011

Ditatku hanya untuk aku seorang

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatu.

Yang tersurat di hati sememangnya sukar untuk ditafsir namun kata-kata hati biasanya tulus dan ikhlas, tidak minda yang sering dipukul tsunami sering tidak ikhlas walau bahasanya indah memukau, maka herhati-hati kita dengan minda itu.

Bukan ingin menyatakan pendam di hati tetapi ingin menjadi seorang yang berfikiran terbuka agar tidak dikata kuno ketinggalan oleh segelintir masyarat.
Di sini entry saya membosankan sebab saya ingin ungkapkan beberapa peribahasa kerana d
alam lidah ada kata, dalam kata ada bahasa, dalam bahasa ada makna, dalam makna ada rasa, dalam rasa ada bahagia juga derita. 



Bagai pungguk rindukan bulan.
Ia sama juga seperti bulan dan matahari. dua-dua tidak akan dapat dilihat bersama walaupun mereka ada ketika malam dan siang.
Alangkah indah jika pungguk jadi bintang maka pungguk pasti dapat berjumpa bulan.
Tidak seperti seorang gadis yang telah lama menunggu kehadiran seseorang untuk mengembalikan senyuman dan ingatan mereka bersama. dia hanya dapat menunggu tadir dan suratan daripada Allah.
Kawan boleh datang dan pergi, Kekasih boleh besama tetapi sebentar tetapi kenangan tetap kekal sampai bila-bila.



Adakah semua ayat yang digunakan diatas amat memeningkan kepala pembaca blog sya ni? maafkan hilaf sya jika bahasa saya agak tunggang langgang. tidak mengapa. selepas ini banyak peribahasa yang ingin sya ungkapkan.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Kenapa perlu bersusah berenang ke tepi sedangkan berenang ke tengah lagi best menyeronokan. aiyk? tak de duit nak beli sampan ke? kalau ada duit lebih, belilah speedbot  bot laju, bukan lebih mudah bukan?



Bagai pinang dibelah dua.
kenapa pulak peribahasa ni nak disamakan dengan pasangan yang secocok? kenapa tak bagai kelapa dibelah dua? bagai biji dabai di belah dua. kan sedap. 


Pandang sebelah mata.
Kenapa perlu pandang sebelah mata? sedangkan mata sememangnya ada dua. pandang dengan kedua-dua mata agar orang tidak sangka anda sedang tackle mengorat dia.
Air yang dicincang tidak akan putus
ala, senang je. tutup je air paip tu. terputuslha air tu. 

mohon ampun jika seseiapa terasa atau marah jika saya mempersendakan peribahasa. tetapi sya cuma ingin kembangkan minda agar lebih berfikir ke hadapan. lain kali saya sambung lagi ya? Sekian dari saya untuk hari ini. salam sayang untuk semua. :']

Awak adalah Sahabat yang paling saya sayang