Wednesday, December 21, 2011

Ditatku hanya untuk aku seorang

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatu.

Yang tersurat di hati sememangnya sukar untuk ditafsir namun kata-kata hati biasanya tulus dan ikhlas, tidak minda yang sering dipukul tsunami sering tidak ikhlas walau bahasanya indah memukau, maka herhati-hati kita dengan minda itu.

Bukan ingin menyatakan pendam di hati tetapi ingin menjadi seorang yang berfikiran terbuka agar tidak dikata kuno ketinggalan oleh segelintir masyarat.
Di sini entry saya membosankan sebab saya ingin ungkapkan beberapa peribahasa kerana d
alam lidah ada kata, dalam kata ada bahasa, dalam bahasa ada makna, dalam makna ada rasa, dalam rasa ada bahagia juga derita. 



Bagai pungguk rindukan bulan.
Ia sama juga seperti bulan dan matahari. dua-dua tidak akan dapat dilihat bersama walaupun mereka ada ketika malam dan siang.
Alangkah indah jika pungguk jadi bintang maka pungguk pasti dapat berjumpa bulan.
Tidak seperti seorang gadis yang telah lama menunggu kehadiran seseorang untuk mengembalikan senyuman dan ingatan mereka bersama. dia hanya dapat menunggu tadir dan suratan daripada Allah.
Kawan boleh datang dan pergi, Kekasih boleh besama tetapi sebentar tetapi kenangan tetap kekal sampai bila-bila.



Adakah semua ayat yang digunakan diatas amat memeningkan kepala pembaca blog sya ni? maafkan hilaf sya jika bahasa saya agak tunggang langgang. tidak mengapa. selepas ini banyak peribahasa yang ingin sya ungkapkan.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Kenapa perlu bersusah berenang ke tepi sedangkan berenang ke tengah lagi best menyeronokan. aiyk? tak de duit nak beli sampan ke? kalau ada duit lebih, belilah speedbot  bot laju, bukan lebih mudah bukan?



Bagai pinang dibelah dua.
kenapa pulak peribahasa ni nak disamakan dengan pasangan yang secocok? kenapa tak bagai kelapa dibelah dua? bagai biji dabai di belah dua. kan sedap. 


Pandang sebelah mata.
Kenapa perlu pandang sebelah mata? sedangkan mata sememangnya ada dua. pandang dengan kedua-dua mata agar orang tidak sangka anda sedang tackle mengorat dia.
Air yang dicincang tidak akan putus
ala, senang je. tutup je air paip tu. terputuslha air tu. 

mohon ampun jika seseiapa terasa atau marah jika saya mempersendakan peribahasa. tetapi sya cuma ingin kembangkan minda agar lebih berfikir ke hadapan. lain kali saya sambung lagi ya? Sekian dari saya untuk hari ini. salam sayang untuk semua. :']

Awak adalah Sahabat yang paling saya sayang

No comments:

Post a Comment