Wednesday, December 21, 2011

Ditatku hanya untuk aku seorang

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatu.

Yang tersurat di hati sememangnya sukar untuk ditafsir namun kata-kata hati biasanya tulus dan ikhlas, tidak minda yang sering dipukul tsunami sering tidak ikhlas walau bahasanya indah memukau, maka herhati-hati kita dengan minda itu.

Bukan ingin menyatakan pendam di hati tetapi ingin menjadi seorang yang berfikiran terbuka agar tidak dikata kuno ketinggalan oleh segelintir masyarat.
Di sini entry saya membosankan sebab saya ingin ungkapkan beberapa peribahasa kerana d
alam lidah ada kata, dalam kata ada bahasa, dalam bahasa ada makna, dalam makna ada rasa, dalam rasa ada bahagia juga derita. 



Bagai pungguk rindukan bulan.
Ia sama juga seperti bulan dan matahari. dua-dua tidak akan dapat dilihat bersama walaupun mereka ada ketika malam dan siang.
Alangkah indah jika pungguk jadi bintang maka pungguk pasti dapat berjumpa bulan.
Tidak seperti seorang gadis yang telah lama menunggu kehadiran seseorang untuk mengembalikan senyuman dan ingatan mereka bersama. dia hanya dapat menunggu tadir dan suratan daripada Allah.
Kawan boleh datang dan pergi, Kekasih boleh besama tetapi sebentar tetapi kenangan tetap kekal sampai bila-bila.



Adakah semua ayat yang digunakan diatas amat memeningkan kepala pembaca blog sya ni? maafkan hilaf sya jika bahasa saya agak tunggang langgang. tidak mengapa. selepas ini banyak peribahasa yang ingin sya ungkapkan.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Kenapa perlu bersusah berenang ke tepi sedangkan berenang ke tengah lagi best menyeronokan. aiyk? tak de duit nak beli sampan ke? kalau ada duit lebih, belilah speedbot  bot laju, bukan lebih mudah bukan?



Bagai pinang dibelah dua.
kenapa pulak peribahasa ni nak disamakan dengan pasangan yang secocok? kenapa tak bagai kelapa dibelah dua? bagai biji dabai di belah dua. kan sedap. 


Pandang sebelah mata.
Kenapa perlu pandang sebelah mata? sedangkan mata sememangnya ada dua. pandang dengan kedua-dua mata agar orang tidak sangka anda sedang tackle mengorat dia.
Air yang dicincang tidak akan putus
ala, senang je. tutup je air paip tu. terputuslha air tu. 

mohon ampun jika seseiapa terasa atau marah jika saya mempersendakan peribahasa. tetapi sya cuma ingin kembangkan minda agar lebih berfikir ke hadapan. lain kali saya sambung lagi ya? Sekian dari saya untuk hari ini. salam sayang untuk semua. :']

Awak adalah Sahabat yang paling saya sayang

Friday, December 16, 2011

New FB Wall

( Azwa akma wall)

Okai, ni short entry je hokey!
Tah kenape wall baru tukar mcm ni. ingat nak test try. p nak ubah balik. hamboi mak.
pusing bebola mata cari jalan nak kuar.
tak osah je lha nak tukar lagi. tunggu orang lain update meka punya fb wall semua baru. ahaha
Wall FaceBook baru ni terlalu rumit lha




Awak adalah Sahabat yang paling saya sayang

Thursday, December 8, 2011

Segmen up follower dengan sepantas kilat


' BELOM COBA, BELUM TAW ! '


Awak adalah Sahabat yang paling saya sayang

Wednesday, December 7, 2011

Si pencuri Hati

:: gambar yang saya edit sendiri ::

nak discribe gambar yang saya cuba untuk pamerkan kat semua. sebenarnya gambar ni tak de snow. tapi saya tambah untuk menonjolkan lagi emosi dan suasna yang saya alami sekarang. perasan tak, gadis dalam gambar ni tengah calling. maksud gambar ni adalah, emosi yang tak stabil. actully sekarang abang sayang langsung tak contact saya. saya tak kesah tapi kadangkala saya sering cari dan call dia. walaupun hpn dia on, tapi dia langsung tak angkat. dah hampir 1 bulan lebih kita orang tak contct . dah lha saya sering rindu kat dia. dia rindu ke tak kat orang kat sini saya pun tak tahu lha.saya cuma takut kalaw hpn dia kat mak dia. well, anak mak lha katakan. sampai bila hubungan kita jadi macam ni wan?  sampai kita ditakdirkan berpisah begitu saja tanpa sebarang pemutus suara ke? tak kesian kat orang yang tunggu awak ke wan?

Baiklah sampai sini ja entry melalut saya. Assalamualaikum.
Hubby, please lha angkat hpn bila abby call. kenapa hubby tak nak angkat? hubby nak suruh abby tunggu lama-lama sampai suara permpuan tu keluar ke? nak suruh prepaid abby habis macam tu je ke? hubby, kejam sangat ke abby sebelum ni? apa dosa abby yang abby dha buat kat hubby? tapi kalaw dha hubby tak sayang lagi kat abby. lepas kan abby dan tinggalkan je lha abby sorang-sorang tanpa peneman. abby redha kalaw dha takdir kita berdua begitu sayang. ;'(



Awak adalah Sahabat yang paling saya sayang

Thursday, December 1, 2011

Anjing vs kucing 4




Rakan sekelas Mai mula menyedari kelainan dalam kelas. Ryan dan Mai tidak bertekak lagi?! Mai mula menjauhkan dirinya dari Ryan. Dia akan mencari kesempatan untuk lari apabila Ryan berada berdekatan dengannya. Dia tidak mahu lagi bertekak dengan Ryan disebabkan peristiwa di tangga tempoh hari.
“Ryan, kamu dengan Mai sudah baik lah?” Tanya Azizan ketika mereka makan di kantin tetapi Ryan hanya menikmati makananya tanpa memperdulikan soalan Azizan.

“Jan, Ryan tengah layan perasaan tu. Jangan kacau” Fahimi cuba menyakat Ryan namun mereka berdua ditinggalkan oleh Ryan. Mereka berdua mengejar Ryan dan menyumpah-nyumpah Ryan. Ryan Cuma buat muka tidak bersalah dan menukar topic perbualan.



                Didalam kelas, Pika cuba menenangkan Mai yang teresak-esak menangis. Mujur pada ketika itu kelas masih kosong kerana pelajar lain semua pergi ke kantin.

“ kejadian tu dah berlaku hari jumaat hari tu?kenapa baru hari ni bagitahu?”
“ Mai tak de prepaid nak hantar mesej kat Pika. Lagi pun hujung minggu Mai balik kampong ngan family”
“Sabar je lah ye Mai. Ryan tu memang nak kena tu”
“ tapi dia dah melampau. Dia jahat sangat”
“ lelaki memang macam tu Mai”

Mai kembali kedalam kelasnya dan dia mendapati ada sekeping kerta terselit bawah meja dia. Apabila dia membuka, dia dapati, surat tersebut dari Ryan. ‘Mai, minta Maaf’ . Setelah membaca, dia mengoyak kertas tersebut dan menekup wajahnya ke atas meja.

“Benci! Benci! Benciiiii!”
“Awak benci kat saya ke?”

Mai mengangkat muka dan melihat muka Ryan lalu dia menekup kembali wajahnya.  Dia terasa ada seseorang tengah duduk di depan mejanya, dan dia adalah Ryan. Dia tidak ingin mengangkat wajahnya sehingga Ryan cuba untuk memegang lenganya.

“ jangan awak sesekali pegang saya!” jerit Mai depan wajah Ryan
“ dah awak tak maafkan saya”
“Itu hak saya kalau saya nak maafkan awak atau tidak”
“please, maafkan saya. Saya serba salah”
“I don’t care!”
“Mai. Tolonglah. Saya minta maaf sebab ketuk awak hari tu”

tiba-tiba ada suara menyampuk dari muka pintu.
“ingatkan musuh ketat, rupanya mereka berdua ni dah jadi lebih dari seorang kawan rapat” ejek Fira
“a’aalah kan. Patut lah tak bertegur depan kita orang dalam kelas, rupanya nak tutup hubungan”

Mai yang tidak tahan mendengar ejekan rakan sekelasnya berlari menuju ke dewan besar. Dia menutup dengan senyuman agar dia tidak disyak oleh Khai bahawa dia lepas menitiskan air mata.
namun begitu, khai tahu Mai mengalami tekanan dari Ryan dan kawan-kawannya. Dia cuba membuat lawak agar Mai dapat melupakan masaalahnya. Mai membantu Khai mengatur dewan. Apabila dia dipelawa untuk menghias dewan tadi, dia menolak namun keadaan memaksanya untuk membantu, khai gembira dan mereka dapat membuat dua perkejaan dalam satu masa. Mengatur dewan dan dating!
sambung..


Awak adalah Sahabat yang paling saya sayang