Tuesday, October 4, 2011

L.O.V.E








Awak adalah Sahabat yang paling saya sayang

Monday, October 3, 2011

Kisah Donggeng

Cerpen kedua saya adalah kisah donggeng yang selalu bermain-main dalam akal fikiran saya ketika saya tengah  berangan. sebenarnya saya kadang-kadang suka berangan dan berkhayal sendiri. terutama dalam kereta. balik dan pergi sekolah. nobody was perfect right ? hehe . selamat membaca semua.

Pada zaman dulu kala, tinggalah sepasang suami isteri panda yang sangat bahagia. mereka telah bersama semenjak beberapa bulan yang lepas. Dan kini, pemaisuri panda cuma menunggu hari dan masa untuk melahirkan anak mereka berdua. Namun begitu, beberapa jam dan saat sebelum pemaisuri panda melahirkan anaknya, datang seekor kodok yang mempunyai ketuat besar di bahu kiri nya. Kodok tersebut adalah bekas pemerintah di negara Xenon tersebut, di atas kesalahan rasuah yang di lakukan raja kodok, maka dia di lucutkan jawatan raja sebagai pengawal penjara. diatas dendam raja kodok terhadap Raja Panda yang telah mengambil alih jawatannya.

Kodok yang mengamalkan ilmu hisab dan ilmu hitamkelabu telah menyumpah anak Raja Panda. " Di sebabkan Panda berwarna putih seperti kapas, maka aku sumpah anak raja panda mempunyai tompok hitam di mata, telinga dan kakinya ! ha ha ha " . setelah jatuhnya sumpah tersebut, maka ghaiblah kodok dari tempat peraduan raja panda. setelah itu, lahirlah seekor anak panda yang amat comel namun kecacatannya amat memilukan hati permaisuri dan raja panda kerana sumpahan kodok tadi sememangnya benar dan anak panda mempunyai tompok di bahagian mata, telinga dan kaki. Permaisuri panda amat berduka cita namun begitu, permaisuri jatuh sakit akibat terlalu sedih akan melihat keadaan anaknya yang lain dari warna keturunan panda.

setelah dua hari kelahiran puteri panda, permaisuri pun menghadap penciptanya. raja panda amat sedih dan berjanji akan menjaga satu-satunya peninggalan isterinya dan hanya satu sahaja yang sempat permaisuri pesankan. " carikan kucing sebagai sahabat puteri dan jangan biarkan sahabatnya makan keturunan kodok dan katak " . itulah kata-kata terakhir permaisuri panda. puteri panda menjadi anak yatim. hanya ayahndanya sahaja tempat untuk dia meluahkan perasaan di hati. apabila umur puteri panda mencecah 6 tahun, raja panda menghantar puteri panda ke sekolah raja-raja panda. dimana, sekolah tersebut hanya kerabat diraja sahaja yang diluluskan bersekolah di situ. puteri yang baru belajar disekolah itu sering di caci dan dihina oleh panda-panda lain kerana kecacatan yang di alami oleh puteri. " kawan-kawan, panda warna apa? " kata salah seekor puteri panda dari negeri utara, " warna putih " jawap rakannya. " tapi kenapa dia warna hitam putih? haha" persolannya disambut dengan deraian gelak tawa panda-panda yang lain. puteri panda xenon cuma dapat menitiskan airmatanya.

nasib puteri panda malang akibat sering dihina oleh rakan-rakan sekolahnya. raja panda pulak telah bersusah payah mencari penawar untuk sumpahan yang dialami oleh puteri kesayangannya. puteri panda yang mengalami tekanan sering memarahi pembantu2 nya. raja panda yang binggung tiba-tiba teringat akan pesanan akhir isterinya. mencari kucing sebagai peneman puteri panda .
Awak adalah Sahabat yang paling saya sayang

Saturday, October 1, 2011

sahabat

BFF stand for Best Friend Forever

   
6 tahun bergembira bersama awak . 

  
              16 tahun ketawa bersama awak. 

   
66 tahun gelak bersama di atas kerusi tua.     

menutup mata bersama di sebelah awak.


adakah ini erti persahabatan ? jelaskan pada saya . saya inginkan kepastian .


Awak adalah Sahabat yang paling saya sayang

keychain

keychain bermakna untuk saya.


sebelah ada pada saya, sebelah pulak ada pada khairul syazwan .

xoxo Tengku Ammakatul

Awak adalah Sahabat yang paling saya sayang

Biarkan Aku Menangis

Karya hasil buah fikiran minda dan asli lagi original dari Tuan punya blog  Penghias bicara akhir. Inspirasi dari drama Gulp and Gaps . bukan jalan cerita tapi cara jalan cerita itu terhasil. dialog antara watak-watak.


 episode 1

Pekat malam pada malam itu seperti kepekatan kopi yang di hirup oleh Zahirah. Dia tidak dapat tidur akibat memikirkan sekolah baru dia. Keluarga Zahirah terpaksa berhijrah ke sabah atas urusan perkerjaan ayahnya. Oleh itu, Zahirah terpaksa mengikuti keluarga nya, dia akan berpisah dengan rakan-rakannya.

Umi : Kakak, kenapa belum tidur lagi ?
Zahirah : Mata belum rasa nak tidurlah Umi. Bagaimana Umi tahu Zahirah belum tidur ?
Umi : Umi nampak cahaya dari celah-celah pintu bilik kakak. Kakak, esok nak sekolah, lebih baik kakak tidur.
Zahirah : Baiklah Umi. (mencium tangan ibunya) . Assalamualikum Umi.

Selepas Uminya menutup pintu bilik, Zahirah terus melayari dunia mimpinya.

Cikgu Azhan : Hari ini kita akan dapat rakan baru. Zahirah, kenalkan diri.
Zahirah : Nama saya Zahirah binti Zahhyad.
Cikgu Azhan : Sesiapa ada soalan untuk Zahirah tak ?
Husna : Zahirah asal mana ?  kenapa pindah sini ?
Zahirah : Saya dari sarawak. kami sekelurga berhijrah ke sini disebabkan abah saya ditugaskan ke sini.
Afiq : Awak dah berpunya ke belum ?
suara ketawa pelajar kelas 4 sains meledak setelah terdengar soalan Afiq.
Cikgu Azhan : Sudah-sudah, Zahirah, jangan dilayan soalan Afiq itu. Zahirah boleh duduk sebelah Ain.

Zahirah cuma tersenyum simpul dan pergi ke arah tempat duduk barunya. Setelah melabuhkan punggungnya, budak lelaki disebelah kanan Ain tersenyum dan memberi isyarat dia ingin berkenalan dengannya. Zahirah yang masih malu-malu cuma membalas senyuman budak lelaki itu. Rakan-rakan baru Zahirah menerima kedatangan dia dengan hati yang terbuka.


episode 2


Zahirah datang awal ke sekolah pada hari itu. Dia ternampak kertas berlipat kemas di atas mejanya. Dia teragak-agak untuk mencapai dan membuka. Tiba-tiba Ain menyapanya dari belakang.

Ain : assalamualikum irah. awal datang hari ni ?
Zahirah : Waalikumsalam. a'aa, abah hantar awal.
Ain : Surat ke tu irah ?
Zahirah : Entah, sampai je dalam kelas tadi, surat ni dah ada kat atas meja ni.
Ain : OMG ! Ain rase kan, Irah ada new secret admire . asal ada je budak baru pindah sini. pasti ada je surat dari peminat. trust me .
Zahirah : tak mungkin lha Ain, tah-tah ada orang nak kacau irah je kot.
Ain : belum buka belum tahu kan ?

Zahirah pun membuka dan membaca setelah di paksa oleh Ain.

Assalamualikum Zahirah,
boleh berkenalan? saya jatuh hati kat senyuman awak semalam. saya harap awak tak tolak salam perkenalan saya.



Zahirah : Siapa pengirim surat ni ? Ain tahu tak siapa dia ?
Ain : Tak tahu lah Irah. tapi ..
Zahirah : Tapi ?
Ain : ehh, tidak apa-apa lah Irah .
 Ain dapat mengesan siapa gerangan pengirim misteri itu.dia adalah AMMAR !

episode 3


Sayup-sayup kedengaran suara ain memekik memanggil ammar yang tengah asyik berbual dengan rakan-rakannya.

Nomi : Ammar, Ain tu kan ?
Ammar : A'aa, ada apa yang dia terpekik-pekik panggil nama aku ni ?

Ain yang tercunggap akibat belari sambil memekik memanggil Ammar meminta agar ammar menunggu dia selesai menarik nafas.

Ammar : Haa, yang kau tercunggap-cunggap ni kenapa ain ?
Ain : Ammar, betol ke engkau yang kirim surat tu ?
Ammar : shhyyy ! macam mana kau tahu ni ?
Ain : Ek eleh, macam lah ain tak tahu. Ammar tinggal kan dua kesan bukti. Pertama, tulisan ammar. kedua, tandatangan unik ammar tu. mr. A kan ? bahasa korea yang ammar guna selalu tu kan ?
Ammar : Ain. aku harap sangat-sangat. jangan bocorkan hal ni. please Ain.
Ain : okey-okey . dengan satu syarat . Belanja ain makan kat kantin .
Ammar : okey, no problem. tapi, ain harus jadi orang tengah antara ammar dengan irah okey ?
Ain : okey !

bermulalah plan Ain untuk membantu Ammar dalam mengambil hati zahirah. Ain yang gemar menyatukan pasangan untuk rakan-rakannya sememangnya sudah dikenali ramai. bah kan rakan-rakannya memanggil Ain doktor cinta.

episode 4

Zahirah yang tekun menyelesaikan latihan matematik tambahan menarik perhatian Ammar untuk mendekatinya. belum sempat dia menyapa, Iman sudah menyapa Zahirah terlebih dahulu. Langkahnya terhenti dan patah semula ke tempat duduk Suci. Suci yang melihat cuma tergelak kecil setelah melihat wajah Ammar yang masam mencuka.

Suci : Kesiannye Suci tengok Ammar. haha
Ammar : Kate kesian, tapi ketawe. macam tu ke kawan ?
Suci : okey-okey. maaf kan suci.
Ammar : ye lah. suci, mane Ain?
Suci : Ain kan bertugas kat kantin. hari ni dia duty jaga barisan budak-budak kat kantin.
Ammar : Ni yang tak best ni. kalau dia ada. boleh lah aku suruh Ain pisahkan mereka berdua sana tu.
Suci : Ain ? Kalau Suci yang pisahkan Tak boleh ke ammar?
Ammar : Suci tak kasi tahu awal-awal apa pasal?
Suci : Dah Ammar tak tanya. hehe.
Ammar : pergi pisahkan mereka sana.

Suci dengan beraninya menuju ke arah Zahirah dan Iman. Dia dan Ammar telah lama berkawan. sejak sekolah rendah lagi, sebab itu, dia faham sangat perasaan Ammar.

Suci : Irah, tolong Suci boleh ? suci tak faham lah soalan yang cikgu moi hua bagi tadi.
Zahirah : Kejap eyk, Iman, nanti kita bebual lagi. Irah nak tolong Suci ni.
Iman : Okey, balik nanti Iman tunggu kat pondok kura-kura okey.
Zahirah : baiklah.
Suci : Irah, cepatlah. nanti habis pulak masa rehat.
Zahirah : baiklah. yang mane satu ?

Dari jauh Ammar tersenyum melebar melihat Iman keluar dari pintu kelas 4 sains. Iman kelas sebelah, 4 smesta. Ammar terus menuju ke arah Zahirah dan Suci. mereka duduk bersama dan menyelesaikan latihan bersama-sama.

 episode 5

Ain yang terkejut mendengar cerita yang diceritakan oleh Zahirah bergegas meminta Ammar ke taman yang berdekatan dengan rumahnya. Dia tidak mahu Ammar orang terakhir mendengar khabar angin yang bakal tersebar esok hari. Dari jauh Ain melihat Ammar tengah duduk dan makan kacang di kerusi berdekatan dengah sebuah jongkang-jongkit.

Ain : Ammar !
Ammar : Apa? Ain ni datang-datang bukannya bagi salam. 
Ain : ye lah, ye lah. Assalamualikum Ammar.
Ammar : haa, macam tu lah. Waalikumsalam. Ada ape Ain suruh datang sini ni ?
Ain : Ammar. Zahirah ada bagitahu benda yang akan buat Ammar kecewa dan marah.
Ammar : Maksud ain?
Ain : Tengahari tadi, Zahirah tetiba je hantar pesanan ringkas kat Ain. dia kata, dia dah tahu siapa pengirim surat misteri kat dia.
Ammar : Apa? So, dia dah tahu lah yang Ammar bagi.
Ain : tak ! meleset same sekali Ammar. Dia bagitahu, Iman yang mengaku dia adalah lelaki tu.
Ammar : Cis, Iman tu mintak penumbuk sulung aku nampak gayanya.
Ain : sabar dulu Ammar. jangan terburu-buru.
Ammar : kenapa pulak ? Aku dah marah dah ni. aku nak cari Iman sekarang.
Ain : Ammar, tunggu dulu. sekejap. Ain dapat idea tadi.Ammar tak nak dengar ke ?
Ammar : idea ? apa dia ?
Ain : Apa kata Ammar hantar satu kali lagi surat tu. ammar bagitahu lah yang ammar tertunggu-tunggu balasan surat dari Irah. lepas tu. Ammar adalah pelajar kelas 4 sains. dengan cara tu, irah pasti akan tertanya-tanya. kenapa iman mengaku. lepas tu, ain pura-pura bagitahu yang tandantangan tu tandatangan ammar. nanti, ain ambik buku diary sekolah ammar. apa macam ?

Ammar yang tekun mendengar cuma tersenyum lebar setelah mendengar idea bernas dari minda Ain.Ammar cuma menangguk dan mereka kembali ke rumah masing-masing. sekarang, Ammar cuma perlukan kertas dan pencil untuk di berikan kepada Zahirah awal pagi esok.

episode 6

Zahirah tergamam mendengar semua cerita yang keluar dari mulut Ain. dia menyimpan surat yang baru di terimanya pada pagi tadi. dia ingin bertanya beberapa soalan kepada Iman.

Iman : kenapa Irah nak jumpa iman kat sini ? nanti tak pasal-pasal iman kena gossip ngan irah. haha.
Zahirah : Iman ni. kita ni bukannya ada apa-apa pun. jumpa kat kolam kura-kura ni pun bukan nya ada orang nak bawa mulut.
Iman : tempat ni tempat romantik lah irah. 
Zahirah : sudah lah iman. merepek je. Iman . boleh tak iman tulis kat kertas ni . tandatangan iman.
Iman : aik. kenapa pulak ?
Zahirah : tak ada apa-apa. tulis je lah.
Iman : iman ni artis ke ?
Zahirah : perasan .

Setelah Zahirah mendapatkan tandantangan iman. dia menuju ke kelas kerana Ain menunggu dia di dalam kelas untuk pengesahan tandatangan.
tandatangan iman : 
tandatangan ammar : 


setelah melihat perbezaan. tahulah Zahirah siapa pengirim misteri tersebut. Atas bantuan Ain, dia dan Ammar mula rapat. dan tempat dulu dulunya tempat duduk ain, kini bertukar tempat dengan ammar. Sejak itu, Zahirah dan Iman mula berenggang. ini semua akibat penipuan yang dilakukan iman secara terang-terangan.

Zahirah : emm, Ammar dengan Iman memang tak penah berbual sama ke ?
Ammar : pernah. tapi tak selalu. kadang-kadang je. kenapa  ?
Zahirah : gaduh ke ?
Ammar : ehh, mana ada. sapa lah yang nak kawan ngan ammar ni kan Irah.
Zahirah : Kenapa pulak ammar merendah diri sangat ni ?
Ammar : Dulu Ammar pernah ada kawan rapat. tapi dia pindah ke tempat lain. ada satu hari, kami berjumpa di pasar. bila Ammar tegur, dia buat muka hairan dan tanya siapa Ammar. Ammar dah fobia ada kawan rapat.
Zahirah : dia lelaki ke perempuan ?
Ammar : mestilah lelaki. tak kan perempuan. 
Zahirah : mana lah tahu. buah hati ke, ex ke.
Ammar : buah hati ? hahaha. kalau bakal buah hati tu ada lah. (sambil merenung mata Zahirah)
Zahirah : apa tenung-tenung mata anak dara orang ni? (pipi Zahirah mula kemerah-merahan)
Ammar : tak boleh ke ? cantik lah. macam tuan dia. kenapa hari ni Zahirah nampak lain ?
Zahirah : nampak lain ?
Ammar : nampak makin cantik bila malu.
Zahirah : Ammar ! ee, jahat tau .

Zahirah mengemas buku-buku yang ada di atas meja dan sempat memukul bahu ammar sebelum berlalu pergi. yang asyik ketawa melihat wajah zahirah yang sudah berona merah, ammar turut mengemas dan mengejar zahirah dari belakang. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata sedang memerhati gelagat mereka berdua. di saat kebahagiaan singgah di hati kedua-dua pasangan itu, ada dendam di hati pemerhati mereka berdua.

episode 7

Dalam diam, Iman cuba mendekati Ain. dengan cara itu, dia mungkin akan rapat kembali dengan zahirah. Ammar yang hairan melihat Ain dan Iman sering ke kantin dan balik bersama, dia binggung, dia takut Ain akan jatuh ke dalam perangkap si buaya darat tu. Ingin saja dia mengawasi ain, sahabat baik nya itu, tapi, dia takut, Zahirah akan salah faham atas budi baik dia nanti. bukan saja dia anggap Ain tu sahabat, dia dah anggap ain tu adik dia. sebab mereka dah lama berkawan. sejak tadika hingga tingkatan 4. kenangan dia dan Ain masih kecil dulu masih segar di ingatan dia.

Ammar : Ain ?
Ain : Ya saya .
Ammar : kenapa Ain rapat dengan Iman ?
Ain : Kami dua rapat sebab dia minta tolong ajarkan dia subjek kimia. Ain pulak mintak tolong dia ajar fizik.
Ammar : sejak bila pulak Ain dan Iman mula buat duet lesson ni ?
Ain : sejak seminggu yang lepas. tengah Ain asiyk baca novel kat tepi gate sementara tunggu ayah jemput, dia tetiba je tegur Ain. so, Ain tahu, dia ikhlas mintak tolong, sebab tu ain bantu dia.
Ammar : owh, begitu.
Ain : kenape ? ada masaalah ke Ammar ?
Ammar : eh, tak de, tak de. saje je nak tanya.
Ain : kalau macam tu, Ain pergi makmal dulu lah,
Ammar : baik lah.

Ammar rungsing, dia tak tahu bagaimana ingin pisahkan mereka berdua. Dulu, ain selalu beri idea-idea yang bernas. tapi sekarang, punca idea untuk hal-hal sebegini sudah hilang. dia tidak mahu kongsi hal ini bersama zahirah. dia tidak mahu zahirah terlibat dalam masalah nya kali ini. tapi, dia kesuntukan masa, dia binggung teramat sangat sekarang.

Zahirah : Ammar ! 
Ammar : Allah, terkejut Ammar. Kenapa Irah ni. kalau ammar lemah jantung, tak pasal-pasal mama dengan abah Ammar saman Zahirah. tak takut ?
Zahirah : tak. 
Ammar : berani nampak gaya nya. 
Zahirah : mestilah berani.
Ammar : betol berani ni ? meh sini, Ammar nak peluk zahirah.
Zahirah : ammar ! (Zahirah terus lari setelah melihat Ammar mendepakan tangan seperti ingin memeluk dia)
Ammar : tahu takut. 

Ammar membiarkan Zahirah berlari ke dalam kelas. dalam kepalanya masih sarat mengenai Ain. keadaan Ammar yang amat aneh membuatkan Zahirah turut khuatir. dia ingin saja bertanya Ammar, tapi, dia takut dia tersalah soalan. dia turut rungsing melihat gelagat Ammar yang membuatkan dia berkongsi cerita dengan ain. Ain yang mendengar hanya berasa pelik. dia baru teringat yang sejak kebelakangan itu, dia kurang meluangkan masanya bersama teman rapatnya itu.

 episode 8
Setelah mendengar luahan yang diberitahu oleh zahirah, dia terus mencari Ammar. Tapi dia terpaksa menunggu Ammar setelah Ammar dari pertandingan bola keranjang. Dia tidak sabar untuk bertanya mengenai masaalah Ammar. Dia menyesal setelah membiarkan Ammar di dalam belengu fikirannya sendiri. dia terpaksa menelefon Ammar setelah dia balik dari sekolah. pada panggilan yang pertama, dia tidak dapat menghubungi ammar. dia mencuba menelefon menerusi telefon rumah Ammar. Akhirnya berjaya, Ibunya meminta Ain menunggu sebentar.

Ammar : Hello, Ammar bercakap.siapa di sana ?
Ain : Ain si sini. hehe
Ammar : Owh, Ain. ada apa ain ?
Ain : Ain boleh tanya sikit tak ?
Ammar : Tanya apa ?
Ain : Kenapa sejak kebelakangan ni Ammar selalu murung ? ammar ada masaalah ke ?
Ammar : Emmm, tidak ada apa-apa lah Ain.
Ain : Ammar, jangan tipu Ain. Ain dah lama kenal ammar. Beritahu sejujurnya, Ammar.
Ammar : Baiklah, sebenarnya ammar risau tentang Ain.
Ain : Risaukan Ain ? kenapa ?
Ammar : Ain rapat sangat dengan Iman. Ain bukannya tak tahu, Iman tu dah macam musuh dalam selimut ammar, iman pun seorang yang buaya darat. bukan tu saja Iman suka mainkan perasaan perempuan. dia juga sering menipu orang lain. dan ...
Ain : Ammar ! berhenti ! ain tak nak dengar lagi apa-apa yang keluar dari mulut. Ain dah kenal siapa Iman yang sebenarnya. Ain dan Iman kawan rapat. kalau macam ni, Ain rasa, ain lebih percaya kan iman berbanding Amamr.
Ammar : Ain, kenapa ain cakap macam tu ? kita dah lama kenal. Ain baru je kenal ngan Iman 3 tahun.
Ain : ain lebih percayakan Iman berbanding Ammar yang selalu melihat orang lain berdasarkan fizikal. Ammar, ain tak nak maafkan Ammar kali ni. selamat tinggal ammar.

Belum sempat Ammar memotong kata-kata Ain, ain terlebih dahulu memotong talian antara mereka. ammar cuma dapat menarik nafas kecewa atas kata-kata Ain tadi.
Ain yang kecewa mendengar keburukan Iman yang diperkata oleh ammar cuma dapat menangis.

Ain : Ain benci kat ammar !

itu saja yang dapat Ain luahkan dalam tangisannya.
 episode 9

Ketika kelas Fizik di jalan kan, Ammar dan ain langsung tidak bertegur sampa. hanya suara zahirah yang asiyk pok pek pok pek bertanya soalan. semakin lama, zahirah turut membisukan diri. dia sedih melihat hubungan dingin yang tercetus antara Ammar dan ain. semakin lama di biarkan, semakin pening kepala zahirah memikirkan masalah mereka berdua.

Zahirah : Ammar gaduh ngan ain ke ?
Ammar : haaa ?
Zahirah : Zahirah tanya ni, ammar gaduh ngan ain ke ?
Ammar : Ehh, Zahirah , ammar terpaksa pergi perpustakaan ni. hari ni ammar bertugas kat perpustakaan. bye.
Zahirah : oke, bye. \kenapa ammar tak nak jawap soalan Irah tadi ? senjaga betul dia guna alasan bertugas kat perpustakaan/

Zahirah cuma dapat bermonolog sendirian. kesal betul dia melihat perangai kawan-kawannya. seorang di utara, seorang di selatan. zahirah terus mencari ain untuk bertanya tentang soalan yang sama.

Zahirah : Ain 
Ain : eh, zahirah , kenapa ?
Zahirah : Ain bergaduh ngan Ammar kan ?
Ain : Ya. kenapa ?
Zahirah : kenapa Ain ngan Ammar gaduh ?
Ain : Ammar jahat ! dia buruk-burukkan Iman.
Zahirah : betul ke ? 
Ain : ya. dia kata Iman tu penipu. buaya darat . suka main kan perempuan . dia buruk-burukkan Iman. maksudna, dia memfitnah !
Zahirah : astaghfirullahalhazim. biar betul.
Ain : nanti kita sambung lagi. cikgu moi hua dah sampai.

pembelajaran berjalan dengan lancar. tapi Ain risau setelah melihat Ammar tidak masuk ke kelas. dia bimbang Ammar akan ketingalan mata pelajaran matematik tambahan. hingga tamat sekolah, dia langsung tidak melihat kelibat ammar di kawasan sekolah.

Ain : ke mana Ammar menghilang ? (ain yang bimbang cuma dapat mengeluh )

 episode 10



Ammar yang masih sibuk akan aktiviti luarnya terpaksa meninggalkan kelas dan pelajaran. dia mewakili sekolah dalam debat forum remaja. dia lupa ingin memberitahu Zahirah dan Ain bahawa dia terpaksa ke sabah 4 hari untuk pertandingan itu. Ain pula hanya dapat duduk diam, jika dia bertanya mengenai Ammar kepada Zahirah pasti Zahirah fikir dia dan Ammar telah berbaik. Egonya masih meninggi walaupun dalam keadaan dia yang serba tak kena.

Zahirah : Sunyilah kita dua 4 hari ni kan ?
Ain : kenapa ?
Zahirah : Ammar tak de.
Ain : dia pergi mana ?
Zahirah : entah.
Ain : dia demam ke ?
Zahirah : tak.
Ain : ow.

persoalan demi persoalan tercetus di benak minda Ain. kemana ammar ? kenapa dia tak de 4 hari ?
ammar sihat ke ? Ain bertambah rungsing dan keliru akan perasaannya.

Ammar : Irah !
Zahirah : eh, Ammar. so, apa yang awak buat 4 hari ni?
Ammar : Wakil sekolah. debat.
Zahirah : wow. nombor berapa ?
Ammar : nombor 3.
Zahirah : bagus lah tu. syukur alhamdulilah.

ketika mereka berdua asyik berbual, Ain memerhati dengan satu perasaan yang bagi dia sukar untuk dia tafsirkan. dia tidak tahu bagaimana ingin meminta maaf dan memulakan perbualan antara dia dan ammar.
namun begitu, apabila zahirah berlalu, tiba-tiba Ammar menegurnya dari belakang.

Ammar : Assalamualikum Ain.
Ain : Waalikumsalam.
Ammar : Boleh ammar duduk ?
Ain : Boleh . duduk lah.
Ammar : Ain masih marahkan Ammar ?
Ain : dulu Ya. sekarang tak lagi.
Ammar : Bagus lah, baru sekarang Ammar dapat senyum lebar.
Ain : Maafkan Ain ye Ammar, sebab Ain tak percaya Ammar dulu. semua yang ammar cakapkan dulu semuanya betul. Ain rasa menyesal sebab tidak percaya ammar dulu.
Ammar : baguslah kalau macam tu. so, mulai dari sekarang Ain wajib percaya semua yang Ammar bagitahu. janji ?
Ain : janji .

Saat itu lah, persahabat antara Ammar dan Ain mula berbaik dan rapat . tanpa mereka berdua sedari, masing-masing menyimpan perasaan sediri di hati, namun sayang, mereka takut untuk meluahkan kebenaran dan Zahirah hingga kini menanti Ammar meluahkan perasaannya.

S                 E                     K              I                    A                   N.          .       .  . . . .

Awak adalah Sahabat yang paling saya sayang