Monday, October 3, 2011

Kisah Donggeng

Cerpen kedua saya adalah kisah donggeng yang selalu bermain-main dalam akal fikiran saya ketika saya tengah  berangan. sebenarnya saya kadang-kadang suka berangan dan berkhayal sendiri. terutama dalam kereta. balik dan pergi sekolah. nobody was perfect right ? hehe . selamat membaca semua.

Pada zaman dulu kala, tinggalah sepasang suami isteri panda yang sangat bahagia. mereka telah bersama semenjak beberapa bulan yang lepas. Dan kini, pemaisuri panda cuma menunggu hari dan masa untuk melahirkan anak mereka berdua. Namun begitu, beberapa jam dan saat sebelum pemaisuri panda melahirkan anaknya, datang seekor kodok yang mempunyai ketuat besar di bahu kiri nya. Kodok tersebut adalah bekas pemerintah di negara Xenon tersebut, di atas kesalahan rasuah yang di lakukan raja kodok, maka dia di lucutkan jawatan raja sebagai pengawal penjara. diatas dendam raja kodok terhadap Raja Panda yang telah mengambil alih jawatannya.

Kodok yang mengamalkan ilmu hisab dan ilmu hitamkelabu telah menyumpah anak Raja Panda. " Di sebabkan Panda berwarna putih seperti kapas, maka aku sumpah anak raja panda mempunyai tompok hitam di mata, telinga dan kakinya ! ha ha ha " . setelah jatuhnya sumpah tersebut, maka ghaiblah kodok dari tempat peraduan raja panda. setelah itu, lahirlah seekor anak panda yang amat comel namun kecacatannya amat memilukan hati permaisuri dan raja panda kerana sumpahan kodok tadi sememangnya benar dan anak panda mempunyai tompok di bahagian mata, telinga dan kaki. Permaisuri panda amat berduka cita namun begitu, permaisuri jatuh sakit akibat terlalu sedih akan melihat keadaan anaknya yang lain dari warna keturunan panda.

setelah dua hari kelahiran puteri panda, permaisuri pun menghadap penciptanya. raja panda amat sedih dan berjanji akan menjaga satu-satunya peninggalan isterinya dan hanya satu sahaja yang sempat permaisuri pesankan. " carikan kucing sebagai sahabat puteri dan jangan biarkan sahabatnya makan keturunan kodok dan katak " . itulah kata-kata terakhir permaisuri panda. puteri panda menjadi anak yatim. hanya ayahndanya sahaja tempat untuk dia meluahkan perasaan di hati. apabila umur puteri panda mencecah 6 tahun, raja panda menghantar puteri panda ke sekolah raja-raja panda. dimana, sekolah tersebut hanya kerabat diraja sahaja yang diluluskan bersekolah di situ. puteri yang baru belajar disekolah itu sering di caci dan dihina oleh panda-panda lain kerana kecacatan yang di alami oleh puteri. " kawan-kawan, panda warna apa? " kata salah seekor puteri panda dari negeri utara, " warna putih " jawap rakannya. " tapi kenapa dia warna hitam putih? haha" persolannya disambut dengan deraian gelak tawa panda-panda yang lain. puteri panda xenon cuma dapat menitiskan airmatanya.

nasib puteri panda malang akibat sering dihina oleh rakan-rakan sekolahnya. raja panda pulak telah bersusah payah mencari penawar untuk sumpahan yang dialami oleh puteri kesayangannya. puteri panda yang mengalami tekanan sering memarahi pembantu2 nya. raja panda yang binggung tiba-tiba teringat akan pesanan akhir isterinya. mencari kucing sebagai peneman puteri panda .
Awak adalah Sahabat yang paling saya sayang

No comments:

Post a Comment