Thursday, December 1, 2011

Anjing vs kucing 4




Rakan sekelas Mai mula menyedari kelainan dalam kelas. Ryan dan Mai tidak bertekak lagi?! Mai mula menjauhkan dirinya dari Ryan. Dia akan mencari kesempatan untuk lari apabila Ryan berada berdekatan dengannya. Dia tidak mahu lagi bertekak dengan Ryan disebabkan peristiwa di tangga tempoh hari.
“Ryan, kamu dengan Mai sudah baik lah?” Tanya Azizan ketika mereka makan di kantin tetapi Ryan hanya menikmati makananya tanpa memperdulikan soalan Azizan.

“Jan, Ryan tengah layan perasaan tu. Jangan kacau” Fahimi cuba menyakat Ryan namun mereka berdua ditinggalkan oleh Ryan. Mereka berdua mengejar Ryan dan menyumpah-nyumpah Ryan. Ryan Cuma buat muka tidak bersalah dan menukar topic perbualan.



                Didalam kelas, Pika cuba menenangkan Mai yang teresak-esak menangis. Mujur pada ketika itu kelas masih kosong kerana pelajar lain semua pergi ke kantin.

“ kejadian tu dah berlaku hari jumaat hari tu?kenapa baru hari ni bagitahu?”
“ Mai tak de prepaid nak hantar mesej kat Pika. Lagi pun hujung minggu Mai balik kampong ngan family”
“Sabar je lah ye Mai. Ryan tu memang nak kena tu”
“ tapi dia dah melampau. Dia jahat sangat”
“ lelaki memang macam tu Mai”

Mai kembali kedalam kelasnya dan dia mendapati ada sekeping kerta terselit bawah meja dia. Apabila dia membuka, dia dapati, surat tersebut dari Ryan. ‘Mai, minta Maaf’ . Setelah membaca, dia mengoyak kertas tersebut dan menekup wajahnya ke atas meja.

“Benci! Benci! Benciiiii!”
“Awak benci kat saya ke?”

Mai mengangkat muka dan melihat muka Ryan lalu dia menekup kembali wajahnya.  Dia terasa ada seseorang tengah duduk di depan mejanya, dan dia adalah Ryan. Dia tidak ingin mengangkat wajahnya sehingga Ryan cuba untuk memegang lenganya.

“ jangan awak sesekali pegang saya!” jerit Mai depan wajah Ryan
“ dah awak tak maafkan saya”
“Itu hak saya kalau saya nak maafkan awak atau tidak”
“please, maafkan saya. Saya serba salah”
“I don’t care!”
“Mai. Tolonglah. Saya minta maaf sebab ketuk awak hari tu”

tiba-tiba ada suara menyampuk dari muka pintu.
“ingatkan musuh ketat, rupanya mereka berdua ni dah jadi lebih dari seorang kawan rapat” ejek Fira
“a’aalah kan. Patut lah tak bertegur depan kita orang dalam kelas, rupanya nak tutup hubungan”

Mai yang tidak tahan mendengar ejekan rakan sekelasnya berlari menuju ke dewan besar. Dia menutup dengan senyuman agar dia tidak disyak oleh Khai bahawa dia lepas menitiskan air mata.
namun begitu, khai tahu Mai mengalami tekanan dari Ryan dan kawan-kawannya. Dia cuba membuat lawak agar Mai dapat melupakan masaalahnya. Mai membantu Khai mengatur dewan. Apabila dia dipelawa untuk menghias dewan tadi, dia menolak namun keadaan memaksanya untuk membantu, khai gembira dan mereka dapat membuat dua perkejaan dalam satu masa. Mengatur dewan dan dating!
sambung..


Awak adalah Sahabat yang paling saya sayang

No comments:

Post a Comment