Wednesday, November 30, 2011

Anjing vs kucing 3




“ eh, sidak duak ya kelaie udik aie? “

“ awok, perang dingin udik dha “

Mia mendengar perbualan antara Natasya dan Mira. Dia bosan mendengar rakan sekelasnya mengumpat perihal dia dan Ryan yang selalu bertekak. Dia tahu dia banyak buat kecoh dalam kelasnya tetapi dia sering diganggu oleh Ryan apabila dia tengah buat hal sendiri. 

“ eh, mengelamun sorang nampak “ Iffa mengejutkan dia secara tiba-tiba

“ mana da.” Mai menafikan

“ ya lah tu. Dari tadi orang panggil nama kamu.”  Kata gadis berkaca mata dan berkulit sawo matang tersebut.

“ eh, ye ke? Bila pulak? Sape panggil? “

“ada sorang budak perempuan cari Maisara binti Abdullah. Ni haa, tah surat ke pe ni. Tah-tah notepad. Haha” Iffa menyerahkan kertas berwarna hijau cair berlipat segi tiga tersebut kepada Mai.

“ budak tingkatan berapa bagi?”

“2” jawab Iffa ringkas
Mai membuka dan tulisan didalam kertas tersebut agak cakar ayam dan dia mendapat surat dari seseorang!

“ surat ke notepad tu? “ Tanya Iffa



Mai terus berdiri dan menuju ke kelas Pika untuk memberitahu pekara tersebut. Iffa yang benggang hanya dapat menyumpah dalam hati. Pika yang diberitahu mengenai surat  Mai hanya ternganga melihat. Mereka dapati, orang tersebut telah memeberi pembayang dirinya.

“nayr? Sape budak ada nama macam tu?”

“ entah. Tapi mungkin nama dia panjang jadi dia letak lah singkatan kan. Mana tahu. Aku cuba fikirkan lah”

“ N ? A ? Y ? R? Mai ada kawan nama macam tu ke?”

“Nama Aku Yang Raged. Haha”

“ memandai je Mai buat nama macam tu”

“ haha, tu je yang terlintas dalam otak ni. Pika rasa dia laki ke permpuan?”

“ lelaki!”

“lelaki? Kenape dengan lelaki?” celah Khai secara tiba-tiba
“eh, khai. Tak de, lelaki tu haa, jatuh dalam longkang, p buat-buat tak jatuh. Buat muka slumber lak tu. Tak tahu malu betul lha kan dia tu Pika”

“A’aa. Betul-betul”

“Mengumpat je kerja. Khai masuk kelas dulu lah”

“Fuhh, Mai naik kelas dulu. Nanti kita sembang lagi oke?”

“oke”


perbualan mereka terhenti dan Mai menaiki tangga dengan tergesa-gesa tiba-tiba kaki kirinya tersandul anak tangga. Tiba-tiba sahaja badannya bagai di awang-awangan namun dia sempat mencapai besi di tepi dinding. Namun, dia terasa seseorang memegang belakangnya. Dia berpaling dan terkejut melihat muka lelaki itu. Ryan lagi?!

“ Cuai! Lembap “ kata Ryan lalu mengetuk kepala Mai

tiba-tiba dia menyyedari air mata dia jatuh ke bumi. Dia tiba-tiba sakit hati akan Ryan yang berkasar dengannya. Dia mengelap air matanya, dia takut dilihat oleh Ryan tetapi dia tidak menyedari bahawa, Ryan memerhatinya. Ryan serba salah dan dia ingin meminta maaf tapi Mai telah berlari masuk ke dalam kelas terlebih dahulu.

“ apa aku dah buat ni? “ Soal Ryan pada dirinya sendiri


sambung ..



Awak adalah Sahabat yang paling saya sayang

No comments:

Post a Comment