Friday, November 4, 2011

4 kisah

Dunia memang banyak dugaan. apa-apa dugaan yang kita alami pasti ada hikmah disebalik semua kejadian tersebut. sama juga dalam pejalanan hidup empat orang gadis kampung yang baru mengenal apa itu kasih .

Nur seorang gadis kampung yang mengharapkan seseorang yang mengharapkan seseorang untuk menjadikan dia suri pertama dalam hatinya.
Yaff adalah kawan kepada Nur. Dia telah menemui orang yang pertama berjaya membuka hatinya dalam diam. Ajia pula seorang yang sifat lurus bendul dan boleh dikira bonggok dalam hubungan antara kasih dan kekasih. Dia hanya jatuh hati pada lelaki yang tidak menyukai dirinya. Dia bertepuk sebelah tangan. tetapi, seseorang telah mencuri hatinya dalam diam.
Ziez pula lain kisahnya, telah menemui seseorang yang menukai dirinya, namun dia hanya ingin memainkan lelaki tersebut. Ziez bermain tarik tali dengan lelaki tersebut. ketika hubungan mereka berpenghujung begitu sahaja, dia bertemu dengan seseorang yang telah menarik perhatiannya.

Nur,Yaff,Ajia dan Ziez adalah empat hamaba Allah ang ditakdirkan untuk bersahabat. kisah percintaan mereka amat berbeza. Setiap seorang dari mereka mempunyai kisah tersirat disebalik senyuman yang tersurat yang mereka pamerkan kepada orang sekeliling.

Nur yang telah berkenalan dengan seorang lelaki yang berbeza umur, jarak umur mereka hanya 2 tahun. itu tidak bermakna mereka tidak dapat meneruskan hubungan tersebut. dari hari ke sehari, hubungan mereka mekar, walaupun seringkali berlaku pertelingkahan antara mereka. Namun begitu, hubungan Nur dan temannya itu tidak direstui oleh ibu Nur.

Yaff mengenali lelaki itu melalui sepupunya, dan lelaki itu juga berbeza umur dengan Yaff, iaitu 3 tahun lebih tua dari dia. pelabagai janji-janji manis dan madah di lafazkan oleh si lelaki, namun semua itu seperti mimpi yang tak kan pernah kita lalui di alam yang nyata. cinta dia didustai oleh lelaki tersebut. betapa remuknya hati Yaff ketika itu. Dikala hati dilukai, seseorang datang untuk mengubati hati Yaff. Namun, dia datang tanpa mengundang Yaff untuk mendampingi dia tetapi hanya menjadi peneman dikala sunyi.

Ajia yang lebih sadis apabila cintanya bertepuk sebelah tangan. langsung tak diendah dan dipandang sebelah mata. Bila dia bertembung dengan seseorang lelaki yang telah membuatkan dia cuba mengenali lelaki tersebut, kali pertama perkenalan mereka amat tragik dimana lelaki tersebut melukakan hati nya. bila dia ingin membalas dendam, dia menyedari bahawa dia telah jatuh hati akan lelaki itu. hari berganti hari, lelaki tersebut mulai menjauhkan diri atas takdir yang tidak dapat dilawan, hubungan mereka semakin renggang dan dingin. Ajia semakin kesunyian tanpa peneman untuk buat dia senyum sendiri seperti dulu. dia sering menyedari lelaki tersebut mula berkelakuan pelik dan hanya Allah sahaja yang tahu apa yang dia rasa ketika lelaki tersebut melakukan pekara diluar dugaan. Adakah semua itu balasan atas kesetian yang dia tunjukan selama ini? hanya Allah mengetahui semua jawapan tersebut.

Ziez seorang gadis yang mempunyai daya tarikan yang membuatkan semua lelaki tertarik akan dia kerana ketinggiannya membuatkan lelaki ingin mengenalinya. Bila telah melukai seseorang dia bertemu dengan seorang lelaki yang hanya Allah sahaja tahu perangai sebenarnya. Lelaki tersebut sebenarnya telah membuat hubungan dengan seorang gadis yang muda setahun dengannya. ketika membuat hubungan dengan gadis lain, dia membuat hubungan dengan ziez. ziez yang mempercayai bahawa gadis setahun muda dari dia telah memutukan hubungan dengan lelaki itu. sebenarnya Tidak!. lelaki tersebut setia akan gadis muda tersebut. tetapi dalam diam, dia curang akan gadis tersebut. dia turut membuat hubungan lain selain dengan gadis muda dan ziez tersebut, dia membuat hunbungan dengan teman permpuannya yang lain. tetapi, bila ziez mengakui bahawa dia cuma mempermainkan lelaki tersebut, dia tidak tahu bahawa hukum karma telah dijatuhkan kepada dia. dia tidak tahu bahawa dia telah dipermainkan oleh seorang lelaki buaya darat.


Adakah semua yang kisah diatas mempunyai hikmah disebaliknya? adakah mereka semua akan dapat apa yang mereka ingin kan? hanya Allah mengetahui jawapan semua itu. hanya ingin penulis bicarakan disini adalah, adakah wajar bagi semua gadis diluar sana untuk memegang kesetiaannya walaupun dia didustai dan dicurangi oleh pasangannya? wajarkah semua itu terjadi?
tepuk dada tanya selera.

setulus hati penerang jiwa

Awak adalah Sahabat yang paling saya sayang

4 comments:

EyQaaLee said...

penuh makna skali ini crita..amat mndalam lagi tu...

cik akma said...

sedalam lautan luas

EyQaaLee said...

yeahh..yaw..hehee...nebacak kou udei u...memahami bh..bermadah alu yaw ayt2 aw..kashak...best...

cik akma said...

haha. pdak

Post a Comment