Saturday, November 12, 2011

SyazwAkma


Permulaan kisah antara Akma dan Syazwan bermula dari perkenalan di laman sosial. Perkenalan sebagai ' friend ' dalam laman sosial. tapi siapa tahu bahawa mereka sama sekolah dan kelas sebelah menyebelah. sebenarnya akma dha lama kenal syazwan. sejak tingkatan 1. akma sering ternampak syazwan namun tidak mengenali dan mengetahui nama sebenar syazwan. syazwan sendiri tidak mengenali siapa akma sebelum itu kerana akma tidak menonjolkan dirinya.
Bila mereka sudah berkenalan, mereka mula rapat melalui telefon bimbit. Kadangkala syazwan akan menelefon akma ketika dia main Dota . mereka cuma bercakap mengenai sekolah dan benda-benda kebudak-budakan. Di sekolah mereka saling ejek-mengejek. di sebab kan kelas akma berada disebelah kiri kelas syazwan, maka dia sering lalu kelas syazwan dan ketika itu lha mulut mereka berdua bising. tidak sah jika suatu hari mereka tidak ejek-mengejek.

Sampai suatu ketika, Akma mendengar cerita dari mieda bahawa, Anis dan Syazwan mengumpat mengenainya. Akma tergamam mendengar kata-kata yang keluar dari mulut mieda. Dia tidak sangka Anis mengumpat mengenainya bersama Syazwan. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang Akma rasai ketika itu. Pada satu tahap Akma tidak dapat tahan akibat teringat kata-kata yang menyakitkan hatinya, dia menangis ketika kelas bahasa melayu dijalankan. Cikgu Omar dan rakan yang lain tertanya punca Akma menangis. Sesampainya dirumah dia ternampak pesanan ringkas dari Syazwan. Akma benci sangat Syazwan ketika itu. Disebabkan Syazwan, dia dan Anis tidak bertegur sampa lagi. Disebabkan Syazwan, dia tidak dapat tumpu perhatian dalam kelas. Ketika itu, dia hanya dapat meluahkan apa yang dia rasa kepada pikah dan haziq. Haziq antara lelaki yang rapat dengannya dulu tetapi semakin hari dia juga pergi meninggalkan akma atas pengaruh seseorang yang kuat mempengaruhi fikirannya. 

Hari berganti hari, luka di hati Akma kian sembuh setelah di lukai oleh Syazwan. Tanpa disangka-sangka, mereka berbaik begitu sahaja, seperti tiada apa-apa yang berlaku, namun hubungan antara dia dan Anis tidak seperti hubungannya dengan Syazwan. Entah kenapa kini perasaan dia terhadap Syazwan lain. Perasaan yang aneh yang sukar di tafsir dengan kata-kata. Dia hanya meneruskan persahabatanya tanpa memikirkan pekara sebaliknya. Penghujung tingkatan 2, sekolah membuat pembersihan setiap kelas. ketika semua telah siap dibersihkan, kelas akma membuat sesi pengambaran kerana guru kelas mereka pindah. cikgu azhan. Kelas Syazwan turut mengalami nasib ang sama iaitu cikgu sabrina turut berpindah. Apabila Ali, Akma, Syafiqah dan Sahira diluar kelas. Ali mengejek Akma, dia dikejar pusing pokok oleh akma namun langkahnya terhenti apabila ternampak Syazwan berdiri ditingkap belakang kelasnya. Akma terkedu, dia malu tiba-tiba lalu masuk kedalam kelasnya. Dia terbayang wajah Syazwan yang tersengih-sengih melihat gelagatnya mengejar ali tadi.

Sepanjang cuti hujung tahun tersebut, akma dan syazwan hanya berhubung melalui telefon bimbit. Ketika itu, perasaan mula berputik dan hubungan mereka semakin rapat.
Apabila sekolah mula dibuka, mereka telah ditingkatan 3. tahun yang membuatkan pelajar-pelajar sekolah dikongkong akibat mereka akan menduduki peperiksaan Am iaitu PMR. Di awal tahun, mereka dapat diberi kebebasan. ketika itu, Akma dan Syazwan seronok menjalani hidup seperti biasa. Namun begitu, akma mulai membuat perangai yang aneh. Setiap kali dia bertembung Syazwan, dia akan cepat-cepat berpaling muka dan menukar arah jalannya dari bersua muka.
Pada suatu hari, Akma mencabar Syazwan jika dia ingin lebih rapat dengan Akma, dia harus rapat dengan seorang budak permpuan yang menyukai dia. akma mengetahui perempuan tersebut menyukai Syazwan. Pada suatu petang, Akma ternampak Syazwan berbual-bual dengan permpuan tersebut, Syazwan sengaja berbual dengan permpuan tersebut kerana dia ingin menunjukan bahawa dia mula rapat dengan permpuan tersebut. tetapi dalam diam, akma merasai perasaan yang aneh. perasan yang membuatkan dirinya marah tanpa sebab. Adakah perasaan tersebut perasaan cemburu? dia sendiri tidak dapat memahami perasaannya sendiri. Sehingga Akma mengalah dan meminta agar Syazwan menjauhi permpuan tersebut. Syazwan hanya menurut kata-kata Akma.
Akma tidak perasaan bahawa Syazwan telah memberi isyarat terhadapnya, dia langsung tidak menyedari keadaan tersebut. Tidak mungkin seorang lelaki mudah mengikuti kata-kata seseorang tanpa sebab. sehingga pada suatu hari. sehari sebelum tahun baru cina. 13 febuari 2011. Mereka texting seperti biasa namun malam itu mereka bercerita mengenai pekara yang pelik. Tiba-tiba syazwan bercerita mengenai  couple-couple dan tiba-tiba Syazwan bertanya adakah Akma ingin menjadi teman istimewanya. Akma mengambil beberapa minit untuk berfikir. Akma menjawab dengan bahasa kiasan dan Syazwan dapat menangkap maksud tersebut. Di situ bermulalah kisah antara Syazwan dan Akma.

Sepanjang bulan-bulan yang berlalu, mereka membuat pekara apa yang dilalukan oleh pasangan biasa tetapi mereka tidak pernah melalukan benda-benda yang diluar jangkaan. Mereka juga pernah berutus surat dikala sistem perhubungan antara Syazwan dan Akma disekat. Ramai menjadi posmen tidak bertauliah untuk menghantar surat yang dikirim oleh Syazwan dan Akma. Hubungan mereka tetap mekar walaupun jarak mereka semakin jauh. Siapa tahu, musuh dapat bertukar menjadi teman rapat. 

Setiap kejadian pasti ada hikmahnya kerana itu semua takdir Allah. Bila berjauhan kita harus pandai memahami keadaan teman kita dan percaya antara satu dengan yang lain dan pastikan kita pandai mengatur perasaan cemburu apabila berjauhan. Hanya Allah tahu penghujung kisah antara Akma dan Syazwan.

" Awak adalah sahabat yang paling saya sayang Syazwan "

 ♥ normaziatulakmasoffian



Awak adalah Sahabat yang paling saya sayang

2 comments:

EyQaaLee said...

Yersehh..hehee..LIKE doeh...Best love story...

Nurul Hayati said...

yerr . yau ayat penulis novel yau . jak yau crita tw . hehe

Post a Comment