Tuesday, November 15, 2011

Selepas hujan..

Setelah sekian lama kitab di tutup, kisah ini yang masih segar di ingatan walaupun mereka telah tiada di sisi.



Petang itu Mai,Dek,Derrix,Fefe dan Haz ada janji nak main badminton. Apabila Fefe dan Derrix sampai, mereka main terus. Mai menunggu Haz, namun dia tidak juga muncul-muncul. Akhirnya Mai terus bermain dengan mereka, dalam setengah jam kemudian, Haz pun sampai. Dia sampai dengan basah kuyup. " Sorry semua, saya lambat. ", kata pertama yang keluar dari mulut dia. " Jadi kenapa awak tak bawa recket awak pak cik? ", tanya Mai sambil buat kening naik ke atas. " Saya pinjam recket awak boleh?", dengan muka yang tak bersalah dia merampas recket dari tangan Mai. " Nanti saya kejar awak satu dewan ", Mai menyimpan niat sendiri dalam hati. Mai duduk di tepi dewan disebabkan Haz telah merampas recket dari tangannya.

Dia merenung ke luar dewan, hujan masih lebat membasahi bumi. Ketika dia melayan perasaan mendengar bunyi deruan air hujan turun, seseorang memerhatinya dari jauh. Dua pasang mata melihat pegerakan Mai. Dia meyedari Dek tengah melihat ke arah yang di pandangnya.  " Kenapa ? " soalnya kepada Dek. " hujan " Dek menjawab dengan ringkas sambil memukul tangannya dengan recket. Mai bangit dengan senyapnya menuju ke belakang Haz. Dengan kekuatan yang dia ada, dia mengejutkan Haz sepenuh hatinya. Haz yang leka akan bulu tangkis yang menuju ke arahnya terkejut beruk setelah di terjah Mai dari belakang. Mai dan yang lain ketawa terbahak-bahak melihat wajah Haz pucat lesi.

Jam telah menunjukan 4.45 petang. Hanya hujan renyai-renyai mebasahi baju mereka semua. Derrix, Fefe dan Haz merancang untuk mengiringi Mai dan Dek di kaki lima di tepi sekolah mereka. Dek dengan Fefe berjalan di belakang Mai, Derrix dan Haz. Mereka berdua berjalan sambil mengiringi basikal di sebelah, Fefe dengan rela hati menyeret basikal Dek. Mai berjalan di antara Haz dan Derrix. Tiba-tiba Derrix dan Haz berjalan laju dan mengoncang dahan-dahan dan mengakibatkan air hujan mebasahi baju Mai, Fefe dan Dek. Haz dan Derrix ketawa lalu melarikan diri setelah melihat Mai mulai mengejar mereka berdua.



Petang itu adalah peristiwa terakhir untuk mereka mengukir kenangan bersama, setelah petang itu, mereka telah jarang bersua muka dan tidak bertegur sapa lagi. Itu lha ragam manusia, kekadang baik dan kekadang sebaliknya. hanya kita sendiri yang dapat mengubah dan menilai semua itu.


NormaziatulAkmaSoffian

Awak adalah Sahabat yang paling saya sayang

1 comment:

EyQaaLee said...

ehemmm...mengeneng... XP

Post a Comment