Tuesday, November 22, 2011

Surat dari Dreamland

surat dari dreamland

Pagi itu, Syafiqah membawa lagi sepucuk surat yang dilipat empat oleh Akma untuk membalas surat Syazwan tempoh hari.Bukan sahaja Syafiqah menjadi posmen antara Syazwan dan Akma, namun, Ali juga menjadi posmen yang tidak bertauliah. Mereka berdua mulai menulis dan membalas-balas surat atas sebab peyekatan handphone milik Syazwan. Ibu bapa dia amat tegas akan pembelajaran anak tunggal lelaki mereka dan ibu bapa syazwan hanya mempunyai dia dan adik perempuannya. Oleh itu, Syazwan reda akan keadaan yang dia lalui ketika itu. Kadangkala, dia sendiri akan memberi surat tersebut kepada Akma. Surat tersebut mempunyai kepelbagaian, ada kalanya, warna kertas berwarna, ada juga kertas kajang sekolah bukan itu sahaja, tulisan diddalam surat tersebut, hanya si pembaca tahu bagaimana bentuk, mungkin bujur, mungkin bulat dan mungkin seperti cakar ayam. Tetapi semua itu tidak penting, yang lebih penting adalah mengenai isi surat dan pesanan serta bahasa yang mereka berdua guna.

Pada suatu hari, Akma sampai ke sekolah, apabila di tangga, dia di tegur oleh seseorang dari belakang, rupanya Syazwan, sudahlah keadaan pada pagi itu gelap kerana masih awal, dan lampu telah ditutup oleh pak cik guard. Mulanya Akma tidak mengetahui siapa yang menegur tetapi bila dia melihat dengan pandangan yang dekat, dia mulai malu lalu menaiki tangga dengan cepat. Syazwan hanya tersenyum dari belakang. Akma tidak terlalu berani bila berdepan dengan seseorang yang dia suka kerana, dia tidak berani memandang ke dalam mata seseorang yang dia sukai. Dia akan cepat-cepat lari dari keadaan yang membuatkan hati dia berdebar-debar lalu dia .  . ..

Akma terjatuh dari katil dan menyedari dia telah berada di atas lantai bersama selimut dan bantal peluk nya. Dia terjatuh disebabkan mimpinya tadi. Namun begitu, dia tersenyum sendiri setelah menyedari semua itu adalah mimpinya semata-mata. Kemudian dia bangun dan mengemas katil nya. setelah itu, dia ternampak kertas berlipat terselit disarung bantalnya dan dia membaca tulisan yang tertera diatas surat tersebut" surat dari dreamland " ?
Awak adalah Sahabat yang paling saya sayang

No comments:

Post a Comment