Monday, November 28, 2011

Anjing vs Kucing 1




“ Ryan ! “ Mai menjerit setelah Ryan mengejutkan dia dari belakang ketika dia duduk dengan dua kaki kerusi  sahaja. Mai geram dengan perangai  Ryan yang gemar mengusik dia apabila dia bermain dengan dua kaki kerusi. Keseimbangan badan dia akan mudah goyah bila di kejutkan dari belakang.  Dia mula benci akan Ryan semenjak mereka berdua ditakdirkan satu kelas ketika dia di tingkatan 3 dulu. 
Mulanya dia dan Ryan agak janggal kerana baru berkenalan namun hari berganti hari, mereka pasti akan begaduh tentang benda yang remeh-temeh.

Ryan, Azizan dan Fahimi duduk di belakang Mai ketika dikelas 3E dulu. Kadangkala Mai akan mencuri dengar perbualan antara mereka bertiga. Dalam mereka bertiga sekawan,  Ryan antara yang banyak mengusik Mai tetapi usikan Ryan kasar sehingga dari hari ke sehari mereka berdua pasti akan bertikam lidah. 
Setiap kelas ketika subjek sejarah, pasti  ada sahaja suara sumbang mengejek Mai dari belakang. Namun begitu, Mai juga sering mengusik dan berpaling kea rah belakang bila dia ingin mengusik Fahimi. Tetapi, nasib tak menyebelahi dia, pasti Ryan akan membela Fahimi dan dia akan menang ketika sesi debat antara dia dan Mai.

                Kadangkala, mereka akan bebaik, tetapi tidak lama, setelah bebaik, pasti ada sahaja yang tejadi. Jika tidak cebisan pemadam dibaling kearah dia, pasti ada sahaja gumpalan kecil kertas dari mereka bertiga. Mai yang terkenal akan suara lantang bagai pernah tercekik mickrofon dalam tengkuknya pasti akan melenting setelah di usik oleh mereka sekawan.
Bukan itu sahaja, pasti sahaja meja Ryan atau meja Fahimi akan ditolak ke bawah agar buku-buku yang berada diatas meja jatuh ke bawah dan bila kejadian seperti tersebut tejadi, pasti Ryan yang akan melenting dan menjerit nama Mai,

“ eh, Mai! “ . suara sumbang Ryan menjerit nama Mai.

 “apa?!” . Mai mengajukan soalan seprti tidak memahami apa yang dimaksudkan Ryan.

“ tolong kutip bawah tu “ arah Ryan dengan muka marah berbaur geram.

“barang kamu, kutiplah sendiri” Mai buat muka minta penampar lalu duduk bercakap kembali dengan Evvi yang tengah menceritakan isu semasa yang berlaku dalam Asrama.

“ bodo ! “ sumpah Ryan tiba-tiba

“ kamu lah bodo “ jawap Mai tanpa melihat muka Ryan

“ aiyh, bodo-bodo “

“ bodo. Bodo. Bodo. Ryan bodo. Ryan bodo . “

“ Aiysh, main bodo-bodo mereka dua ni “ Azizan menyampuk

“ bodo! “ ujar Mai dan Ryan serentak sambil memandang kearah Azizan.
Pasti ada sahaja sesiapa yang tidak berkenaan dalam pergaduhan mereka akan jadi mangsa walapun ada yang ingin meleraikan pergaduhan antara mereka berdua.

Sambung..


Awak adalah Sahabat yang paling saya sayang

No comments:

Post a Comment