Tuesday, November 29, 2011

Anjing vs kucing 2


                


Mai berjalan menuju ke kelas Pika dan bertembung dengan Ryan yang tengah berjalan dari arah depannya. Ryan mula menyakatnya dan mulalah sesi maki memaki antara mereka berdua.

“Weiyh, tepi lah “ Mai ingin memintas Ryan tetapi Ryan terlebih dahulu menahan dia.

“ Saya dulu “
“ Eish, budak ni “

Mai berpaling lalu berjalan kearah bertentangan namun Ryan memperceptkan langkahnya dan kini dia berada di belakang Ryan. Mai mulai benggang akan perangai Ryan seperti kebudak-budakan. Mai terus berpatah balik dan dia berjaya melarikan diri dari Ryan. Bila dia berpaling untuk melihat apa yang Ryan lakukan, Ryan tengah berbual dengan Rauf di beranda depan kelas 3D. Mai menceritakan semua pekara yang Ryan lakukan terhadapnya tadi apabila berjumpa Pika.

“ Kau dengan Ryan macam anjing dengan kucing lah. Asal jumpa gerenti gaduh “

“Si Ryan tu dulu cari pasal”

“Kau mengalah lah sekali sekala”

“Apa? Kau nak muka ni mengalah? Cuba tengok muka aku yang dah lama steady setiap kali kalau gaduh dengan si Ryan tu”

“Kau memang, asal ada je pergaduhan ke, betekak ke, perbalahan yang terjadi kat si Ryan. Aku tahu, kau lah puncanya”

“Ehh, correction, Ryan tu yang punca kami dua ni selalu bergaduh”



perbualan mereka terhenti apabila Mai bertembung dengan buah hatinya. Khai . Pika yang menyedari mereka berdua cuma membisu, dia mulai membuat alasan untuk membiarkan mereka berdua berdua-duaan seketika.
“ kenapa muka macam beruk lepas makan buah asam ni? “

“si Ryan tu lah, Khai . Tiap-tiap hari kacau Mai je. Kalau tak menyakat, dia mengejek. Fed up betol dengan dia”

“ sabar je lah Mai, kalau Khai kacau Mai tak pe ke? “ Khai tersengih hingga ke telinga

“Khai nak Mai bagi gulai kari untuk Khai kacau ke?” Mai menjelirkan lidah lalu berlari menaiki tangga kerana masa rehat akan berakhir 2 minit lagi. Khai yang ditinggalkan berjalan sendiri menuju ke kelas nya. Dia ternampak Ryan menyakat Mai lagi di depan tangga . Khai hanya melihat begitu sahaja lalu masuk ke dalam kelas.

“Ryan ! Saya, Mai benci kat kamu !”
“Saya pun!”

Mereka berdua menyatakan pernyataan tersebut di depan rakan sekelas mereka berdua.

“ dah mula dah “ ujar Fahimi kepada azizan



Awak adalah Sahabat yang paling saya sayang

No comments:

Post a Comment